Monday 12 December 2016

Masjid Abidin, Kuala Terengganu

Masjid negeri Terengganu. Dikenali dengan nama Masjid Abidin.

Masjid ini dibina oleh Al-Marhum Sultan Zainal Abidin II (juga dikenali sebagai Marhum Masjid) di antara tahun 1793 - 1808. Asal usul pembinaan adalah daripada kayu namun pada masa pemerintahan Al-Marhum Sultan Umar (dikenali Marhum Baginda), kira-kira pada tahun 1852, bangunan masjid ini telah digantikan dengan bangunan yang diperbuat dari batu.

Masjid ini menerima 3 kali pengubahsuaian dan penambahan pada menara.

Ianya antara masjid terlama di Kuala Terengganu.

Lokasi masjid terletak di tengah bandaraya Kuala Terengganu. Berhampiran dengan hotel Grand Puteri dan stesen bas Kuala Terengganu.

Berwarna putih dan mempunyai makam diraja dalam kawasannya.


Kredit foto : Positive Pixel

Terrapuri Heritage Village, Kg.Mangkuk, Setiu

Terrapuri (land of palaces) Heritage Village merupakan satu perkampungan rumah-rumah tradisional Terengganu dari era kerajaan Langkasuka.

Binaan sepenuhnya daripada kayu, pasak. Rumah rumah lama ini dikumpulkan dan dijadikan sebuah penginapan eksklusif.

Lokasi Terrapuri terletak di pantai penarik, kg.mangkuk, Setiu.

Perjalanan dari Kuala Terengganu akan mengambil masa antara 45-60 minit.

Anda akan terpesona dengan keindahan dan sejarah rekabentuk rumah rumah ini.


Kredit foto : Positive Pixel

Rumah Warisan Haji Su, Kg. Losong, Kuala Terengganu

Rumah warisan haji Su yg terletak di Kg.Losong Hj.Su.

Merupakan destinasi tarikan terbaru utk lawatan pelancongan ke Kuala Terengganu.

Sebahagian dari senibina turun temurun pertukangan rumah Terengganu yg telah dibaikpulih oleh Lembaga Muzium Terengganu.

Rumah warisan yg terdiri dari rumah limas belanda dan rumah bujang berpeleh kembar tiga. Mempunyai 70 tingkap dan 12 pintu.

Dibuka setiap hari kecuali Jumaat. Jam 9.00 pagi hingga 4.30 petang.

Anda boleh membeli belah keropok lekor Losong yg terkenal disekitar kawasan rumah warisan ini. 


Kredit foto : Positive Pixel